Saturday, 26 May 2012

Kem Sehari Siri 1

Kem Sehari Siri 1 disertai oleh Pasukan Renjer, Pandu Puteri ke-3, pandu Puteri ke-7 dan Kadet Polis. Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi dan tamat pada 5.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya serta mendapat kerjasama semua ahli badan beruniforn terlibat dan guru-guru pembimbing.


Friday, 25 May 2012

Pertandingan Tarik Tali Antara Rumah

Perlawanan acara tarik tali di antara Rumah Sukan bagi memilih dua pasukan terkuat yang akan bertanding semasa Acara Sukan Tahunan SMKCB. Pasukan yang layak ke peringkat akhir ialah pasukan Rumah Biru dan Rumah Kuning.Tahniah! 


Wednesday, 16 May 2012

Hari Guru 2012

Tema Hari Guru 2012 ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan serentak dengan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Acara dimulakan dengan mendengar perutusan Menteri Pendidikan yang dipaparkan secara langsung dari Kuala Kangsar melalui siaran televisyen. Beberapa persembahan daripada murid dan guru dipertontonkan kepada warga sekolah. Semua murid dijamu dengan aiskrim, khas dari para guru.


Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips